.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Saturday, May 15, 2010

::Pendatang baru blogger...





Hari ini bertarikh 15 MAY 2010M bersamaan 01 JAMADILAKHIR 1431H, pada jam 10.00 p.m maka terbitlah cebisan blog yang diberi nama MAKHLUK JALANAN SEPI, nama ini menjurus kepada kisah kehidupanku (arin) sebagai seorang hamba yang sering terasa kesepian walaupun aku hidup di dalam zaman yang penuh kesibukan. Adapun aku hidup dalam zaman yang penuh dengan bermacam-macam kemudahan untuk aku merasa terhibur, namun ternyata segala macam bentuk hiburan hari ini belum lagi mampu memecah sunyi sepi hidupku walaupun dentam-dentum hiburan dalam zamanku mampu menghayalkan anak-anak muda seusiaku.




Semakin hari aku hidup, semakin aku terasa sepi, jiwaku terasa kosong, sepertinya ada ruang didalam benak hatiku ini yang terlalu luas untukku isi...tetapi kesekian hari aku lalui cuba aku untuk mengisi kekosongan itu, namun semakin aku cuba mengisi, semakin terasa besar luasnya. Apakah aku masih belum mampu untuk memenuhinya???




begitu banyak halangan dan rintangan yang datang bertimpa-timpa tiap kalinya aku cuba untuk memenuhi setiap tuntutan nurani ku..Nurani ku meronta, namun apakah dayaku, aku hanya sebatang kayu reput yang belum cukup kuat untuk di buat pendayung untuk aku mendayung bahtera besar membawa muatan Iman dan bersamaku ada tanggungjawab besar yang harus kupikul ketika aku mendayungnya....terlampau beratkah???atau aku yang terlalu lemah??? Ya Allahu Ya Rabbi, kekuatan diriku hanya dalam genggaman rahmat-Mu, bantulah aku, lemahnya aku tanpa rahmat-Mu, lembutkanlah hati setiap musuhku, tetapkan kecekalan hatiku dikala aku berazam untuk melangkah ke jalan-Mu...(T_T)

1 comment:

  1. Al Faqir Ila Allah Al GhaniJune 3, 2010 at 11:27 AM

    assalamu'alaikum.. tahniah kerana lahirnya blog ini.. Cuma sedikit nasihat ana kepada anta.. Carilah Para Alim 'Ulama yang mursyid yang dapat membimbing anta.. Hati kita kosong kerana tidak diisi dengan zikir kepada Allah s.w.t.. Sedangkan untuk mencapai qudwah yang sempurna perlu mengikuti sunnah Rasulallah s.a.w.. Firman Allah s.w.t dalam Surah Al Ahzab ayat yang ke 21 "Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. " .. Lihat ayat di atas dengan sebaiknya.. Asas untuk mengikuti Qudwah Rasulallah s.a.w adalah dengan memperbanyakkan diri berzikir mengingati Allah s.w.t.. Carilah Para Alim Ulama yang mursyid yang boleh membimbing.. Di samping dampingilah teman - teman yang soleh serta manusia yang hatinya terpaut pada Masjid.. InsyaAllah, anta akan dipermudahkan urusan.. Hanya usaha dan tawakal perlu digabungkan.. Ana akui bahawa senario zaman ini sungguh penuh dengan fitnah.. Tapi, anta kena berusaha menghadapinya.. Akhirnya, ana nak bawakan nasihat Al Imam Syeikh Muhammad 'Alawi Al Maliki.. "Perlu ada sifat qudwah dalam diri setiap da'ie ila Allah s.w.t (penyeru kepada Allah s.w.t) dalam merialisasikan usaha dakwah mereka".. Yang mana Qudwah itu bermaksud kita melakukan sesuatu perkara itu terlebih dahulu sebelum menyeru manusia untuk melakukannya.. Allahu'Alam.. Semoga diberkati..

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-