.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Thursday, August 25, 2011

.::CINTA::.

Assalamualaikum w.r.w.b.t, Alhamdulillah segala puji syukur atas limpahan naungan Rahmat, Cinta dan Kasih Sayang-Nya kerana masih lagi memberi ruang waktu dan kudrat untuk kita sama-sama mengimarahkan bumi-Nya dengan segala bentuk amalan yang mampu membawa kita kembali kepadaNya.

Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w atas kerja buat Baginda yang mana hari ini menjadi warisan dan tanggungjawab kepada kita selaku umat Baginda dalam menyampaikan seruan Allah s.w.t ke dalam setiap hati-hati manusia.

Entah mengapa, hati ini terdetik untuk berkisar tentang "cinta" yang aku fahami selama aku diciptakan dan ditaklifkan sebagai manusia. Cinta itu pasti wujud dalam setiap hati dan perasaan manusia yang berakal.

Cinta itu suatu perkara yang penuh dengan emosi. Wujud di dalamnya perasaan yang pelbagai. Dengan cinta, akan kita rasa gembira, sedih, ketawa, menangis, kecewa, rindu, sayang, pengorbanan, putus asa,resah, gelisah, risau, marah dan manusia mampu khayal (mabuk) dengan cinta. Dengan cinta juga, kita berpeluang untuk belajar erti setia, sabar dan berkorban.

Cinta mampu membawa perubahan dari sekecil perkara hingga sebesar perkara dan mampu menggegarkan dunia. Mereka yang terkena penangan cinta pastinya buntu dalam mengawalnya sehingga mampu hilang kawalan juga kerana cinta. Ada manusia yang mampu mengawal cinta namun tak kurang juga yang menjadi taksub dengan cinta. Setiap manusia yang bercinta pasti mengalami dugaan dalam memenuhi tuntutan cinta nya, kerana cinta perlu diisi, dipenuhi segala tuntutan dan perlu dalam pembuktian cintanya.

Cinta itu suatu emosi yang terkadang ingin dilemparkan dan diluahkan sehendaknya, dan jika boleh satu dunia perlu tahu perasaan cinta yang wujud dalam diri kita. Ada yang berpuisi cinta, ada yang melirik lagu cinta dan ada bersyair cinta dan tak kurang juga yang mengalunkan lagu-lagu cinta.

Hari ini wujud rasa cinta yang banyak dalam diri umat manusia sedangkan cinta itu perlukan kesetiaan pada perkara yang dicintainya. Juga hari ini ramai mereka yang gagal dalam menjaga dan memelihara perasaan cintanya.

Cinta mampu membawa kita ke arah kebaikan, cinta juga mampu membawa kita kepada kejahatan.
Cinta juga mampu menutup pintu-pintu fitnah, cinta juga mampu membuka pintu-pintu fitnah.
Cinta boleh menjadikan kita waras, cinta juga boleh membuatkan kita gila.
Cinta menjadikan kita taat, cinta juga menjadikan kita ingkar.
Cinta menjadikan kita benar, cinta juga boleh menjadikan kita dusta.

p/s: dibawah kawalan dari Allah s.w.t

Begitulah lumrah kita yang bercinta, jika benar jalan cinta kita dan benar cara kita menjaga dan memelihara perasaan cinta kita, maka akan baiklah segala perilaku kita dan halatuju cinta kita. Namun AWAS!!! dengan cinta juga kita akan binasa jika tidak benar dalam memelihara cinta.

Sekalipun pelbagai persaan cinta yang wujud dalam diri kita, wajib kita untuk memohon restu dari Maha Pencipta. Dia yang menciptakan kita dan Dia jualah yang menciptakan perasaan cinta yang hari ini terpasak di dalam hati kita. Maka hanya Dia lah Maharaja Cinta. CintaNya amat luas, meliputi sekalian perkara. Maka menjadi wajib bagi kita dalam memohon dariNya untuk memelihara perasaan cinta kita.

Ramai hari ini mengaku cinta sejati mereka hanya Allah s.w.t, namun INGAT!!! cinta itu perlu kepada pembuktian. Apa yang telah anda lakukan untuk luahkan perasaan cinta anda hari ini? adakah ia pada jalan yang benar? Jika benar, Alhamdulillah, moga Allah s.w.t terus memelihara hati-hati kita dari menyintai perkara-perkara yang dusta untuk kita cintai, moga diri ini dan kalian sentiasa terpelihara dibawah payungan Rahmat dan CintaNya agar kita mampu untuk bertemu cinta sejati yang kekal abadi yang tiada tandingannya walau sehebat manapun perasaan cinta yang wujud dalam diri kita.

6 comments:

  1. Assalammualaikum...
    Salam Ramadhan..

    Entri yg sgt baik.. Cinta itu indah. Cinta adlh sebhagian drpda nafas kehidupan. Tetapi apalah ertinya cinta pd insan jika cinta kpd Khaliqnya belum tercapai. Masya-Allah.

    ReplyDelete
  2. assalamu'alaikum.. tahniah, penulisan yang semakin matang. menunjukkan diri semakin matang.. nanti bergandingan dengan dik wan.. Semoga Allah s.w.t memberi taufi dan hidayah serta inayahNya dengan berkat Rasulallah s.a.w dan bulan ramadhan..

    ReplyDelete
  3. wa'alaikumussalam
    terima kasih untuk kedua komen.

    1) cinta pada insan adalah kesinambungan daripada cinta pada Al-Khaliq, dan memang benar sabdaan nabi untuk kita tidak melebihkan cinta kita pada selain Dia yang layak memiliki cinta.

    2) insyaAllah, doakan kami, nampak mudah untuk dua orang menggantikan seorang, namun hakikatnya, dua orang ini belum mampu untuk memikul beban yang seorang. Perlu kepada sifat cintaNya untuk memikul amanah. biarpun seorang, jika dia lebih dekat dgn Tuhan, nescaya, sebesar mana pun taklifan mampu dipikul.

    ReplyDelete
  4. 3)cinta juga tidak semestinya pada insan, cintakan alam, cintakan ilmu, cintakan Islam, cintakan keamanan, kehijauan dan kedamaian. Ia suatu perasaan yang tidak khusus untuk sebilang perkara shaja kerana.

    ReplyDelete
  5. =>kerana itulah kita perlu sentiasa memelihara perasaan agar kita tidak tersalah memilih jalan cinta dan tidak tersalah bercinta dengn perkara yang tidak patut dicinta.

    ReplyDelete
  6. alhamduliLlah, semoga perkongsian ini berguna kepada diri. Cinta yang dibina kerana Allah pasti akan diuji dan kita terus teguh menghadapi ujian itu

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-