.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Thursday, March 1, 2012

.:: Duhai Diri ::.




Duhai Diri,
Maut kian semakin hampir,
Datangnya 'Izroil tak bisa kau usir,
Sekalipun bergema laungan takbir,
Dosa kelam tak bisa ditabir,
Bersedia bertemu Munkar dan Nakir.

Duhai Diri,
Bila diri mahu bertaubat?
Atas dosa yang engkau perbuat,
Apakah masih ada sempat?
Pabila roh berpisah jasad.

Duhai Diri,
Cukup sudah segala pembuktian,
Apa lagi engkau nantikan?
Segala nikmat yang dikurniakan,
Kemana arah engkau laburkan?

Duhai Diri,
Sudah cukup segala bekalan?
Apa amalan akan kau persembahkan?
Cukup sudah segala persediaan?
Alam kubur bakal ditempatkan.

Duhai Diri,
Andai esok tidak lagi bernafas,
Moga Redha dan Rahmat-Nya dapat kau galas,
Menjadi payungan terik panas,
Di mana perbuatan akan dibalas.

Duhai Diri,
Tiada naungan akan kau dapat,
Pada terkumpulnya jutaan umat,
Kecuali syafaat dan juga Rahmat,
Bersediakah engkau bertemu akhirat?,

Duhai Diri,
Apakah syurga atau neraka?
Menjadi pasanganmu kelak selamanya,
Nikmat atau azab yang kau tempah?
Tindakanmu sekarang menjawab segalanya...

Duhai Diri,
Mengapa masih berdiam sahaja,
Teruslah bertebaran di atas dunia,
Menyampaikan risalah yang diamanah,
Menjadi hamba dan khalifah.

Duhai Diri,
Insafilah segala perbuatan diri,
Setiap saat berdenyut nadi,
Bukti kasih Maha Pemberi,
Janganlah engkau ingkari-Nya lagi.

Duhai Diri,
Bersama kita terus berdoa,
Moga diri tetap istiqamah,
Menjadi kuat dengan Jemaah,
Bersama laksana tuntutan dakwah.
Hingga tertegak panji yang dibawa,
Atau mati bergelar syuhada.

~©ibnuraimy~


0 Teguran & Pandangan:

Post a Comment

There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-