.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Thursday, May 24, 2012

.:: ISTIKHARAH ::.


Allah...Allah...Allah...apakah zikir yang paling sesuai untuk diucapkan tika dan saat ini. Ujian dan dugaan datang silih berganti menerjah ruang hidup, tika mana manusia lain melihatnya seakan menyempitkan, hanya jiwa dan pemikiran masih lagi mampu terus tenang, namun adakalanya keluh kesah merimaskan diri. Ah..aku terpedaya...tertipu pada diri sendiri...tetapi aku yakin, tidak hadirnya ujian dan dugaan daripada Allah melainkan padanya terpalit hikmah dan kebaikan untuk diriku. Ya, ada hikmah, akan ku cari dan bongkar hikmah itu. 

Ya Allah, pandulah aku mencari rahsia disebalik rahsia ini. Jika lebih baik untuk tidak aku mengetahuinya, janganlah pertemukannya, jika adalah terbaik untuk aku menegetahuinya, pandu dan tunjukilah padaku Ya Allah laluan kebenarannya...tiada daya padaku terus tersasar jauh menanam benih mungkar walau dengan secebis dosa...


Ya Allah, ku yakin hanya pada Mu tersembunyi kebenarannya, meskipun telah ku laksanakan "istikharah", tidak mungkin kebaikan akan terjadi padaku tanpa ketentuan dariMu Ya Allah...jika bukan "mimpi" yang menjadi isyarat, moga tindakan ini membenarkan kebenaran dan membuahkan kebaikan pada diriku dan seluruh kehidupanku dan Islam.

"Azrin jom pi minum..."
  ...
  ...
  ...

"ni ada benda aku nak habaq kat hang, hang jangan terkejut plak...nah ni utusan dari langit..ada orang bagi kat hang, hang tau kot pa benda ni?" lawaknya selamba.

"hmm benda ni, tau sangat, ada unit risikan dah wat riki aritu, pihak sana dah mula wat serangan nampaknya, nampaknya kesungguhannya untuk menawan panglima perang bukan sekadar khabar angin lagi." ujarku

"haa, pasai ni la kot, benda utusan dari langit ni mai, depa nak wat rundingan damai ngan hang la ni." balasnya

"huh, awatla panglima perang yang depa cari, maharaja kita lagi hensom kot." usikku

"maharaja lain, mana masuk ngan geng2 perang ni, apa-apa pun aku sebagai maharaja ni bergantung sangat pada hang selaku panglima perang ni, kerajaan kita sangat berharap pada hang, selamatkanlah kerajaan kita daripada fitnah-fitnah dalaman, hang rundinglah macam mana pun dengan pihak sana, aku pun risau gak, prestasi hang bermain senjata ni semakin menurun kebelakangan ni mungkin gak sebab khabar angin ni, mungkin bila benda ni setel, hang akan lebih bersungguh-sungguh lagi berlatih skil mainan senjata.." tambahnya..

"hmm, betul kata hang, benda ni pun bukan perkara main2, kerajaan kita jadi taruhan ni, silap langkah rundingan ni nanti, boleh tergadai kerajaan kita hanya sebab panglima perang ni...apa-apa pun aku tak bercadang nak membalas rundingan ini dalam waktu terdekat ni, bagi aku asah senjata aku elok-elok dulu, aku kena jumpa "jurulatih" aku dulu, nak minta tunjuk ajar, manala tau rundingan tu gagal, ada gak skil yang boleh aku guna untuk menangkis serangan nanti...tapi aku nampak lebih kepada menerima rundingan lah setakat ni...atas nasihat hang selaku maharaja." kataku penuh yakin

"ha macam mana pun, kasi cepat setel ini hal, hang terima saja rundingan ni, aku nampak itu yang terbaik." balasnya

"beb, ni benda besar ni beb, aku tak kan pentingkan diri dalam buat keputusan.inshaAllah, jika ini yang terbaik untuk kerajaan kita, aku rela ditawan mana-mana pihak, tapi nak wat keputusan nih, banyak faktor aku kena nilai, apa-apa pun macam aku cakap tadi, aku kena jumpa jurulatih aku dahulu...iyelah, apa-apa yang terjadi nanti setidak-tidaknya aku dah bersedia kan..huhu." ujarku

"baguslah tuh, ok kira perbincangan kita mengenai ini habis sini...ni aku nak sembang sal kerajaan kita ni...baru-baru ni...............(perbualan adalah SULIT)


Ya Allah, aku lebih yakin denganMu daripada kata-kata manusia lain, pandulah aku, tunjukilah padaku jalan kebenaran yang sebenar yang mampu membawaku, sahabat-sahabat seperjuanganku, serta ahli keluargaku meraih rahmat dan redhaMu...Aamiin

p/s: dialog telah diubah menjadi kiasan kepada dialog asal, yang faham akan faham, yang tak faham,  tak perlu nak pening kepala, ambil pengajaran cukup.

2 comments:

  1. wah, dialog antara maharaja dan panglima hanya beraku hang, bukan berbeta patik.

    Apa pun, ana pasti Allah akan tunjukkan jalan yang terbaik, untuk hambaNya yang beriman. teruskan berdoa, andai pilihan yang diambil itu menenangkan jiwa, pasti itulah yang Allah ingin beri kepada kita. Pilihan itu bukan semestinya datang dari mimpi, tetapi juga dari ketenangan hati dan keyakinan kita terhadap keputusan yang diambil..

    InsyaAllah, kalau nta sebagai panglima, sepatutnyalah memacu (menjadi perintis) kepada kami tentera untuk membina lebih ramai tentera untuk menegakkan agama Allah.

    hmm, templat baru... dan kiasan ang sangat menarik dan mudah difahami..

    ReplyDelete
  2. jazakallah, moga urusan nti juga dipermudahkan...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-