.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Tuesday, February 5, 2013

.:: Manis Dalam Duri ::.


Kata orang kalau hendak melakukan perkara yang baik, pasti akan diiringi dengan ujian yang terkadang memberatkan hati. Mahu mendapatkan sagu, ruyung terpaksa dipecahkan. Mahukan hasil bersinar bak mutiara, perlu menahan nafas menyelam ke dasar.

1730, 31 Jan 2013



Jentera "Kuda Kelabu" bersiap siaga membawa "dulang tanda" untuk dihantar ke Negara Penyu sebagai isyarat Panglima Perang siap untuk ditawan.

2100, 31 Jan 2013:

Di pertengahan jalan, rombongan diperkukuhkan dengan bantuan jentera "Gajah Putih" dari Negara Tok Gajah yang telah menawarkan diri untuk menjadi jurupandu rombongan.

0130, 01 Feb 2013:

"Gajah Putih" telah hilang keyakinan untuk terus mengepalai rombongan kerana alat pandu arah GPS nye seperti gagal menunjukkan laluan yang tepat.

Lantas, "Kuda Kelabu" kembali menerajui barisan rombongan mengekori setiap papan tanda yang ada sementara "Gajah Putih" akur mengekori . Pagi gelap diredah penuh yakin membawa mesej yang berbunga-bunga dengan harapan tiba awal setelah kelihatan jarak perjalanan kurang dari dua jam.

0220, 01 Feb 2013:

Tiba-tiba!!! "Ayahhhhhh, lembuuuu", BANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"Kuda Kelabu" semakin lemah, melangkah ketepi lalu berhenti, kelihatan sang sapi terbaring sepi. "Gajah Putih" perlahan-lahan mengikut langkah "Kuda Kelabu" untuk berhenti.

Keadaan semakin kelam kabut, suasana menjadi kecoh, masing-masing sibuk berbicara tentang apa yang mereka lihat dalam ketidakpastian mereka akibat pandangan yang gelap. Anak mata terus memerhati, Istighfar terus bermain pada mulut si ayah. Sang teruna termenung dalam mencari titik ketenangan. Ayah lafazkan, "Alhamdulillah tak ada yang cedera, nak wat macam mana, benda nak jadi, Allah dah aturkan", lafaz diucap dengan tenang meski dia tahu bukan dekat jaraknya kini dengan teratak mahligainya yang hampir saja sejauh Makah ke Madinah.













0500, 01 Feb 2013:

Keputusan dibuat, rombongan diteruskan setelah "Sang kancil" dari Negara Penyu datang menghantar bantuan.

0615, 01 Feb 2013:

Kesemua pasukan beristirahat di sebuah Masjid menunaikan kewajipan, di samping meredakan sebentar keresahan yang baru dilalui. Mengadu pada Illahi moga perjalanan terus dipermudahkan.

0730, 01 Feb 2013:

Pasukan tiba di balai persediaan untuk membersihkan diri dari debu-debu perjalanan dan mata dilelapkan sebentar supaya acara yang bakal berlangsung nanti dapat dihayati sepenuhnya.

1030, 01 Feb 2013:

"wakil rombongan yang tetap senyum walaupun baru sebentar melalui musibah"


Pasukan bersedia, wakil dari "Negara Penyu" juga telah bersedia menerima kehadiran kami. Acara dimulakan, selawat kedengaran, dan perbincangan yang tidak sampai sampai pun 5 minit itu telah diakhiri dengan bacaan doa. Alhamdulillah, jalannya mudah, ringkas dan penuh bersejarah.

1200, 01 Feb 2013:

Rombongan mengundur diri, dan ujian kedua menanti. Mengharungi hampir 8jam perjalanan menaiki "Gajah Putih" dengan kapasiti 10 orang dewasa. Logik difikir sangat mustahil, Allah punya kuasa tiada yang mustahil. 

1315, 01 Feb 2013:

Solat Jumaat di tempat asing memberikan sedikit pengalaman yang berlainan di bumi Tok Gajah.

2030, 01 Feb 2013:

Selamat tiba di bumi Tok Rimau di sambut "Kuda Merah" yang sedia untuk ditunggang kembali ke teratak mahligai sang ayah. 2 jam perjalanan menanti.

"Allah, hebat dugaan-Mu, pasti besar ingatan yang ingin Kau berikan pada kami semua, andai ini cabaran untuk kami melaluinya, kami redha Ya Allah, Engkau lah tuhan yang A'liyyu A'zim, tiada kami dapat merubah dan menentukan kebaikan atas kami jika tidak Engkau mengkehendakinya."

"Terima kasih Ya Allah, Terima kasih Ayah, Terima kasih Mak".........

    

1 comment:

There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-