.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Tuesday, February 5, 2013

.:: Manis Dalam Duri ::.


Kata orang kalau hendak melakukan perkara yang baik, pasti akan diiringi dengan ujian yang terkadang memberatkan hati. Mahu mendapatkan sagu, ruyung terpaksa dipecahkan. Mahukan hasil bersinar bak mutiara, perlu menahan nafas menyelam ke dasar.

1730, 31 Jan 2013



Jentera "Kuda Kelabu" bersiap siaga membawa "dulang tanda" untuk dihantar ke Negara Penyu sebagai isyarat Panglima Perang siap untuk ditawan.

2100, 31 Jan 2013:

Di pertengahan jalan, rombongan diperkukuhkan dengan bantuan jentera "Gajah Putih" dari Negara Tok Gajah yang telah menawarkan diri untuk menjadi jurupandu rombongan.

0130, 01 Feb 2013:

"Gajah Putih" telah hilang keyakinan untuk terus mengepalai rombongan kerana alat pandu arah GPS nye seperti gagal menunjukkan laluan yang tepat.

Lantas, "Kuda Kelabu" kembali menerajui barisan rombongan mengekori setiap papan tanda yang ada sementara "Gajah Putih" akur mengekori . Pagi gelap diredah penuh yakin membawa mesej yang berbunga-bunga dengan harapan tiba awal setelah kelihatan jarak perjalanan kurang dari dua jam.

0220, 01 Feb 2013:

Tiba-tiba!!! "Ayahhhhhh, lembuuuu", BANG!!!!!!!!!!!!!!!!!!
"Kuda Kelabu" semakin lemah, melangkah ketepi lalu berhenti, kelihatan sang sapi terbaring sepi. "Gajah Putih" perlahan-lahan mengikut langkah "Kuda Kelabu" untuk berhenti.

Keadaan semakin kelam kabut, suasana menjadi kecoh, masing-masing sibuk berbicara tentang apa yang mereka lihat dalam ketidakpastian mereka akibat pandangan yang gelap. Anak mata terus memerhati, Istighfar terus bermain pada mulut si ayah. Sang teruna termenung dalam mencari titik ketenangan. Ayah lafazkan, "Alhamdulillah tak ada yang cedera, nak wat macam mana, benda nak jadi, Allah dah aturkan", lafaz diucap dengan tenang meski dia tahu bukan dekat jaraknya kini dengan teratak mahligainya yang hampir saja sejauh Makah ke Madinah.













0500, 01 Feb 2013:

Keputusan dibuat, rombongan diteruskan setelah "Sang kancil" dari Negara Penyu datang menghantar bantuan.

0615, 01 Feb 2013:

Kesemua pasukan beristirahat di sebuah Masjid menunaikan kewajipan, di samping meredakan sebentar keresahan yang baru dilalui. Mengadu pada Illahi moga perjalanan terus dipermudahkan.

0730, 01 Feb 2013:

Pasukan tiba di balai persediaan untuk membersihkan diri dari debu-debu perjalanan dan mata dilelapkan sebentar supaya acara yang bakal berlangsung nanti dapat dihayati sepenuhnya.

1030, 01 Feb 2013:

"wakil rombongan yang tetap senyum walaupun baru sebentar melalui musibah"


Pasukan bersedia, wakil dari "Negara Penyu" juga telah bersedia menerima kehadiran kami. Acara dimulakan, selawat kedengaran, dan perbincangan yang tidak sampai sampai pun 5 minit itu telah diakhiri dengan bacaan doa. Alhamdulillah, jalannya mudah, ringkas dan penuh bersejarah.

1200, 01 Feb 2013:

Rombongan mengundur diri, dan ujian kedua menanti. Mengharungi hampir 8jam perjalanan menaiki "Gajah Putih" dengan kapasiti 10 orang dewasa. Logik difikir sangat mustahil, Allah punya kuasa tiada yang mustahil. 

1315, 01 Feb 2013:

Solat Jumaat di tempat asing memberikan sedikit pengalaman yang berlainan di bumi Tok Gajah.

2030, 01 Feb 2013:

Selamat tiba di bumi Tok Rimau di sambut "Kuda Merah" yang sedia untuk ditunggang kembali ke teratak mahligai sang ayah. 2 jam perjalanan menanti.

"Allah, hebat dugaan-Mu, pasti besar ingatan yang ingin Kau berikan pada kami semua, andai ini cabaran untuk kami melaluinya, kami redha Ya Allah, Engkau lah tuhan yang A'liyyu A'zim, tiada kami dapat merubah dan menentukan kebaikan atas kami jika tidak Engkau mengkehendakinya."

"Terima kasih Ya Allah, Terima kasih Ayah, Terima kasih Mak".........

    

Thursday, October 4, 2012

.:: Akukah Dajjal Kecil Itu? ::.


Telah kedengaran azan dilaungkan,
Banyak kaki telah melangkah menyahut seruan itu,
Namun aku masih terbaring melayan kemalasan,
Masih terasa berat untuk melaksanakan solat,
walau ku tahu Solat tiang Agama,
namun padaku masih tiada usaha.
Akukah Dajjal kecil itu??

Kulihat sahabatku sentiasa sibuk dengan tugasan,
Namun kulihat dia sentiasa ada masa untuk membaca Quran,
Sedang masa ku seringkali tersia,
Hatiku sedikit pun tidak terdorong untuk mencontohinya,
walau ku tahu aku perlu membaca dan menghayatinya,
namun tetap hiburan duniawi yang aku pilih,
Akukah Dajjal kecil itu??

Ibuku sering kali memanggil namaku,
mengharapkan aku menolong meringankan bebannya,
namun nafsuku sering memujuk untuk mengabaikannya,
sekalipun tahu ibu terluka, hatiku masih terasa biasa.
Walau kini Ibu sudah tiada,
masih sanggup aku bermaksiat dibelakangnya.
Akukah dajjal kecil itu??

Hari ini telah bangkit suara Islam sedunia,
namun tiada sedikit minatku padanya,
Sedang yang lain bertungkus lumus memenangkan Islam,
Aku antara yang cuba menghentikannya,
walau aku tahu perbuatan ku hanya sia-sia,
masih jiwaku tiada rasa berdosa.
Akukah Dajjal kecil itu??

Aku mengaku
cintakan Allah,
rindukan Rasulallah,
sayangkan IBU dan AYAH,
dan aku mengaku aku ini pejuang Kebenaran,

Namun
maksiat menjadi amalan ku,
sunnah Rasulallah menjadi bahan ejekanku,
aku lupa IBU AYAH ketika bersama kekasih haramku,
masih lagi aku menentang usaha memenangkan ISlam.
apakah aku........dajjal kecil itu??

Ya Allah, masih ada tempatkah untuk insan sepertiku?
Tunjukilah kami Ya Allah, jalan-jalan yang benar untuk insan sepertiku,
bimbinglah kami, kuatkanlah hati-hati kami,
suburkanlah rasa cinta kami kepadaMu ya Allah,
jua kepada KekasihMu Ya Allah,
Sesungguhnya dalam jiwa-jiwa kami ini, masih terasa sempit menahan rindu kami pada RasulMu Muhammad sollallahua'alaihi wasallam.


Sebelum kami mati Ya Allah,
Izinkanlah kami merasai nikmat berjuang untuk Islam,
Rela kami menjadi benteng dan perisai untuk agama Islam kami,
Izinkanlah untuk kami syahid dijalanMu Ya Allah,
Andai umur hidup kami ini singkat,
Kau matikanlah kami ketika kami sedang bersungguh berdakwah kejalanMu,
Izinkanlah kami, izinkanlah kami, izinkanlah kami...

Monday, June 25, 2012

.:: Terasa Terlalu Hampir ::.

Alhamdulillah, masih berkesempatan untuk mengisi ruangan papan blog ini. Setiap saat dan waktu, terasa semakin pantas berlalu. Ternyata masa itu suatu ciptaan yang sangat menepati tugasnya, tanpa menghiraukan sekeliling, ia terus bergerak dan bergerak, tidak kira siapa yang terlewat dan terlalai, pasti akan ditinggalkannya.

Tatkala membuka ruangan sosial fb, terpandanglah disebelah kanan atas ruangan itu akan perkataan "Today's Birthday" yang pastinya mendapat klik yang paling banyak ataupun post mahupun komen untuk menyatakan tahniah kerana berjaya sampai ke hari lahir masing-masing. Namun sejak kebelakangan ini, di ruangan laman sosialku, sering sahaja terpapar mereka yang post mahupun berkongsi tentang berita-berita kematian...iya!! lawan kepada kelahiran...

Alangkah sangat menggerunkan bukan jika laman fb boleh papar senarai pengguna yang telah dahulu meninggalkan kita setiap hari..."Today's someone Death"...dan pastinya akan lebih banyak di klik di post dan dishare untuk bersama-sama mendoakan mereka yang telah pergi.

Apa yang pasti, tiap masa yang berlalu beerti masa itu (kematian) sangat semakin hampir...tiap 1 saat yang berlalu bermakna kita 1 saat menghampiri kematian.



Baru-baru ini, dalam seminggu yang lepas, dikejutkan... seorang kakak senior Zarina bt. Tardan telah koma selama seminggu akibat kemalangan jalan raya sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.50 ptg, 21 JUN 2012...komanya beliau sangat memberi hikmah..tika beliau koma, ramai sahabat dan orang sekelilingnya yang mendoakan untuknya, dalam seminggu ini lah berduyun-duyun orang datang kepada Allah menyembah pengharapan, dalam seminggu ini lah beliau telah berjaya membuktikan dirinya insan luar biasa. Kematianku nanti belum pasti keadaannya seperti mana...Allah... 

Beliau yang kelihatan sangat biasa rupa-rupanya memiliki sifat yang luar biasa. Benarlah pujangga berkata.."kita akan lebih menghargai sesuatu benda apabila kita telah kehilangannya"..Meskipun kami adik-adik muslimin tidak mengenali rapat akan beliau dan hanya sempat bersama dalam beberapa slot bengkel kepimpinan, namun kesan perwatakannya tetap menjadi ingatan dan sangat terkesan buat kami.

Khamis itu (21 Jun 2012), jam 2.30ptg, kami adik-adik muslimin hanya bercadang untuk menziarahinya untuk menghadiahkan bacaan Yaasin buat beliau, namun tidak menyangka, Yaasin dan tahlil arwah yang kami hadiahkan.



Kesedihan dan kesayuan kami tidak berakhir di sana, kami tekad untuk mengiringi arwah sehingga dikebumikan...Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar...Seorang lagi pecinta dan pejuang Islam telah pergi dengan meninggalkan kesan parut yang menjadi peringatan buat mereka yang lain khususnya yang berada bersama bergerak untuk Islam..

AlFatihah buat Almarhumah Zarina binti Tardan ~ 21 Jun 2012  

Sunday, June 10, 2012

.:: TAHNIAH AHMAR (n_n) ::.



Ahmar...Tahniah Ahmar...
kini, Ahmar orang ketiga dalam adik beradik kita yang berpeluang menerjah laluan pengalaman hidup baru di tempat orang. Sekalipun diwaktu sekolah dahulu, Ahmar sudah terlali dengan kehidupan jauh dari keluarga, namun ketahuilah Ahmar, kehidupan kali ini sedikit berbeza...



Ahmar memilih tempat baru ini dengan pilihan Ahmar sendiri, angah yakin, Ahmar sudah matang untuk membuat keputusan yang terbaik...Namun setiap langkah dalam bergerak, jangan lupa pesan Ustaz Ismail yerr...

Laluan kali ini sungguh berbeza, Ahmar kini jauh dari mak dan ayah...segala keputusan untuk perjalanan hidup Ahmar di tempat baru adalah bergantung pada Ahmar sendiri. Ingat pesan ayah dalam memilih kawan,  "duduk je masjid Ahmar, kat situ nanti boleh dapat kawan"...iya, angah sangat setuju dengan ayah, kat situlah tempat yang mana orang-orang yang nak dekat dengan Allah je yang pergi...jika di situ lah kawan akrab Ahmar dapat...inshaAllah perjalananmu lebih mudah sekalipun Ahmar ditimpa pelbagai ujian...

Ahmar beruntung, berpeluang untuk sambung belajar...
Ahmar beruntung, berpeluang belajar hidup di tempat orang...
Ahmar beruntung, berpeluang menambah kenalan baru...
dan Ahmar sangat beruntung, berpeluang untuk berada di dalam suasana yang baik dan penuh dengan amal soleh...

jadilah mereka-mereka yang bersyukur, 
usah dilepas peluang-peluang sedemikian,
usah dihancur mindamu dengan pengaruh hiburan melampau,
usah diturut kehendak rakan-rakanmu yang melalaikan,
usah dirosak masa depanmu dengan tuntutan nafsu..



Yang terakhir, ingatlah, kemana sahaja kaki Ahmar tapakkan, bawalah bersama Ahmar panji dan risalah Islam...ingat pesan ustaz, nanti balik, Ahmar yang akan memimpin masyarakat dengan Islam...ini bukan sahaja harapan mak, bukan sahaja harapan ayah, bukan sahaja harapan ustaz, tapi Ahmar juga harapan masyarakat...

Di mana ada Islam ingin dijuangkan, bangkit dan sertailah...bantu dan sokonglah...jangan pula Ahmar menjadi sebahagian dari yang menentang, jangan pula Ahmar menjadi sebahagian dari orang yang hanya memekakkan telinga, membutakan mata bila Islam terang dan jelas dihina di hadapanmu...

Angah tahu, langkahmu baru bermula, semangat ingin tahu Ahmar masih baru dan masih banyak perkara ingin Ahmar teroka...namun berhati-hatilah dalam bertindak dan bergerak...


yang berkilau tidak semestinya permata, 
yang manis tidak semestinya gula, 
yang keras tidak semestinya sandaran yang kukuh,  
jadikanlah Allah tempat pengharapan, 
Rasulullah sebagai rujukan, 
mak ayah paksi dalam membuat keputusan...

InshaAllah moga berkat dan rahmat dari Allah s.w.t sentiasa mengiringi Ahmar di sepanjang perjalanan hidup Ahmar...Tahniah Ahmar..(n_n)

Thursday, May 24, 2012

.:: ISTIKHARAH ::.


Allah...Allah...Allah...apakah zikir yang paling sesuai untuk diucapkan tika dan saat ini. Ujian dan dugaan datang silih berganti menerjah ruang hidup, tika mana manusia lain melihatnya seakan menyempitkan, hanya jiwa dan pemikiran masih lagi mampu terus tenang, namun adakalanya keluh kesah merimaskan diri. Ah..aku terpedaya...tertipu pada diri sendiri...tetapi aku yakin, tidak hadirnya ujian dan dugaan daripada Allah melainkan padanya terpalit hikmah dan kebaikan untuk diriku. Ya, ada hikmah, akan ku cari dan bongkar hikmah itu. 

Ya Allah, pandulah aku mencari rahsia disebalik rahsia ini. Jika lebih baik untuk tidak aku mengetahuinya, janganlah pertemukannya, jika adalah terbaik untuk aku menegetahuinya, pandu dan tunjukilah padaku Ya Allah laluan kebenarannya...tiada daya padaku terus tersasar jauh menanam benih mungkar walau dengan secebis dosa...


Ya Allah, ku yakin hanya pada Mu tersembunyi kebenarannya, meskipun telah ku laksanakan "istikharah", tidak mungkin kebaikan akan terjadi padaku tanpa ketentuan dariMu Ya Allah...jika bukan "mimpi" yang menjadi isyarat, moga tindakan ini membenarkan kebenaran dan membuahkan kebaikan pada diriku dan seluruh kehidupanku dan Islam.

"Azrin jom pi minum..."
  ...
  ...
  ...

"ni ada benda aku nak habaq kat hang, hang jangan terkejut plak...nah ni utusan dari langit..ada orang bagi kat hang, hang tau kot pa benda ni?" lawaknya selamba.

"hmm benda ni, tau sangat, ada unit risikan dah wat riki aritu, pihak sana dah mula wat serangan nampaknya, nampaknya kesungguhannya untuk menawan panglima perang bukan sekadar khabar angin lagi." ujarku

"haa, pasai ni la kot, benda utusan dari langit ni mai, depa nak wat rundingan damai ngan hang la ni." balasnya

"huh, awatla panglima perang yang depa cari, maharaja kita lagi hensom kot." usikku

"maharaja lain, mana masuk ngan geng2 perang ni, apa-apa pun aku sebagai maharaja ni bergantung sangat pada hang selaku panglima perang ni, kerajaan kita sangat berharap pada hang, selamatkanlah kerajaan kita daripada fitnah-fitnah dalaman, hang rundinglah macam mana pun dengan pihak sana, aku pun risau gak, prestasi hang bermain senjata ni semakin menurun kebelakangan ni mungkin gak sebab khabar angin ni, mungkin bila benda ni setel, hang akan lebih bersungguh-sungguh lagi berlatih skil mainan senjata.." tambahnya..

"hmm, betul kata hang, benda ni pun bukan perkara main2, kerajaan kita jadi taruhan ni, silap langkah rundingan ni nanti, boleh tergadai kerajaan kita hanya sebab panglima perang ni...apa-apa pun aku tak bercadang nak membalas rundingan ini dalam waktu terdekat ni, bagi aku asah senjata aku elok-elok dulu, aku kena jumpa "jurulatih" aku dulu, nak minta tunjuk ajar, manala tau rundingan tu gagal, ada gak skil yang boleh aku guna untuk menangkis serangan nanti...tapi aku nampak lebih kepada menerima rundingan lah setakat ni...atas nasihat hang selaku maharaja." kataku penuh yakin

"ha macam mana pun, kasi cepat setel ini hal, hang terima saja rundingan ni, aku nampak itu yang terbaik." balasnya

"beb, ni benda besar ni beb, aku tak kan pentingkan diri dalam buat keputusan.inshaAllah, jika ini yang terbaik untuk kerajaan kita, aku rela ditawan mana-mana pihak, tapi nak wat keputusan nih, banyak faktor aku kena nilai, apa-apa pun macam aku cakap tadi, aku kena jumpa jurulatih aku dahulu...iyelah, apa-apa yang terjadi nanti setidak-tidaknya aku dah bersedia kan..huhu." ujarku

"baguslah tuh, ok kira perbincangan kita mengenai ini habis sini...ni aku nak sembang sal kerajaan kita ni...baru-baru ni...............(perbualan adalah SULIT)


Ya Allah, aku lebih yakin denganMu daripada kata-kata manusia lain, pandulah aku, tunjukilah padaku jalan kebenaran yang sebenar yang mampu membawaku, sahabat-sahabat seperjuanganku, serta ahli keluargaku meraih rahmat dan redhaMu...Aamiin

p/s: dialog telah diubah menjadi kiasan kepada dialog asal, yang faham akan faham, yang tak faham,  tak perlu nak pening kepala, ambil pengajaran cukup.
There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-