.::Muwasafat Tarbiyah::.

.::Muwasafat Tarbiyah::.

ud'u ilaLLah

Sunday, September 12, 2010

::Berlalunya Pergi Sang Kekasih::


Salam Idilfitri semua...moganya negara Ramadan yang kita kunjungi selama sebulan lalu mampu memperkenalkan kita kepada budaya amal Islami yang sebenar dan mendidik kita ke arah yang lebih kepada tujuan asal kejadian kita, dengan harapan bukanlah pulangnya kita dari negara Ramadan ini dengan tangan kosong, sekurang-kurangnya adalah sedikit buah tangan untuk kita jadikan kenang-kenangan sebagai peringatan dan panduan kita dalam kita mengharungi 11 bulan yang lainnya yang menjanjikan laluan yang penuh onak duri yang kadang kala mencabar iman dan takwa kita kepada Allah s.w.t.

Jikalau Ramadan yang lalu ujian kita telah diringankan dengan belenggunya syaitan dan iblis, tetapi dengan berlalunya Ramadan, maka bertambahlah darjah kesusahan tahap ujian kita....Bersediakah kita??? nah!!! sebulan telah Allah beri kepada kita untuk kita melatih diri kita menghadapi ujian-ujian yang telah Allah bentangkan luas di muka dunia ini. Kalau kita exam ada 'study week', begitu juganya Ramadan ni adalah 'study month' bagi kita yang mana kita diberi peluang untuk menilai kembali, ulang kaji semula apa yang telah kita amalkan, adakah mengikuti tetapan silibus yang telah pun Allah s.w.t tetapkan??? tercapaikah 'key performance index' yang telah disenaraikan??? apakah 'Outcome based education' yang kita dapat sekembalinya kita dari negara Ramadan???

Semoga kita bersama diberi ketetapan hati untuk terus beramal biarpun dimana kita berada, moga amalan kita diterima disisi-Nya dan menjadi bekalan yang bermakna kepada kita di akhirat kelak...




Ramadhan : Antara 2 Zaman(Nazrey Johani)
Ramadhan, satu nasib tak serupa, peluangnya sama, natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang, mukmin berjasa di awal zaman
Ramadhan kami, malang terbuang, muslim berdosa di akhir zaman
Mereka gembira dengan kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu

Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur'an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur
Mereka berlumba mengejar makrufat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan, hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami, lesu tak bermaya, tanda kalah lemah tak berdaya
Puasa sekadar lapar dan dahaga

Saturday, August 14, 2010

::Berhajatku Pada Pautan Islam::



Dalam kita sedang alpa dengan hidangan enak santapan duniawi, kadang kita terleka dengan hakikat sebenar kita dijadikan di muka bumi yang sebenarnya hanya sebuah penjara yang penuh dengan ujian yang tidak henti-henti mengunjung dan mengetuk pintu iman kita. Hidangan yang ibarat beracun bagi kita sebenarnya kelihatan sangat enak untuk disantap sehinggakan ada yang terkena racunnya, mula mabuk dengannya dan ada yang mula ketagih untuk terus menyantapnya.

Tiga hari sebelum semester baru dibuka, aku telah dipaut oleh segolongan manusia untuk menghadiri program pengisian ilmu. Selama tiga hari aku bersama mereka telah menyentap seluruh seusiaku selama 20tahun aku dihidupkan di dunia ini. Bersama mereka, hakikat sebenar kejadian manusia yang belum pernah aku terokai kian semakin jelas, biarpun aku masih baru untuk bersama mereka bersatu pemikiran namun sudah cukup untuk ku bertanya kepada diriku, apakah benar jalan hidup yang kupilih sebelum ini? adakah aku benar-benar berada di dalamnya atau selama ini aku hanya memegangnya hanya sebagai agama di pengenalanku?

Islam bagiku sebelum ini hanyalah satu kefaham dan kepercayaan yang hanya bersifat ritual dan ketuhanan yang sebanarnya aku sendiri tidak terfikir untuk merokainya lebih mendalam biarpun risalah Al-Quran sentiasa diajarkan kepadaku, tatapi hanya bacaan menjadi amalan malangnya bukan kefahaman. Bersama mereka dan berkat ilmu yang disampaikan para guru telah merubah keseluruhan pemahaman ku mengenai islam. Islam yang sebelum ini bagiku hanya amal-amal ibadah khusus sebenarnya ternyata silap, bahkan sebenarnya Islam adalah 'deen' yang bermaksud cara hidup sebenar yang mengikut tuntutan dan fitrah kehidupan. Cara hidup pula meliputi setiap segi aspek kehidupan dari seawal celik mata sehingga terpejamnya kembali mata ini. Inilah perkara yang sedang diperjuangkan oleh golongan ini, iaitu golongan yang telah pun Allah S.W.T sebutkan didalam Firman-Nya yang bermaksud:

Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar, merekalah orang-orang yang beruntung”(Surah Ali-Imran ayat:104)

Namun, dalam sedang aku bersemangat untuk bersama mereka, terdetik hatiku menilai kekurangan diri, apakah layak untukku bersama mereka, ilmuku terlalu kurang berbanding mereka, kefahaman ku baru berbenih berbanding mereka yang sudah pun berbuah lebat. Sungguh kerdil diri ini dihadapan mereka terutama dihadapan penciptaku Allah Rabbul Alamin. Tertunduk malu tersungkur rebah tatkala persoalan itu dicampakkan Allah pada hatiku yang lemah ini. Sedikit sebanyak semangatku secara tiba-tiba mula luntur, aku hadapkan persoalan ini kembali kepada Rabbku dengan penuh harap agar aku tetap bersama dengan satu golongan yang membuat aku tenang bersama mereka. Dalam semangat yang mula padam, aku diperdengarkan dengan kata-kata ini.

"sesungguhnya Islam ini tidak sedikit pun berhajat kepada manusia, malah sebaliknya manusialah yang sebenarnya berhajat kepada Islam..."

Firman Allah lagi dalam kalam-Nya yang bermaksud:

"jika kamu tidak berangkat ( untuk berperang ), nescaya Allah akan menghukum kamu dengan azab yang pedih dan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak akan merugikan-Nya sedikit pun. Dan Allah Maha kuasa atas segala sesuatu"( Surah At-Taubah ayat:39)

dan

"Maksud firman Allah: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu di dalam agama suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (AlQuran) ini, supaya Rasul itu menjadi saksi di atas segenap manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Penolong"
(Surah Al-Hajj ayat:78)

ayat-ayat tersebut telah membuatkan aku tunduk malu sekali lagi, baru sahaja mula melangkah aku sudah mengalah hanya dengan sebab kekurangan diri sendiri. Allah S.W.T tidaklah melihat kepada hasil kerja yang terbaik, sebaliknya Allah menilai usaha kita untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Bersyukur aku pada-Nya kerana menemukanku pada golongan ini biarpun ketika bertemu dengan mereka diriku penuh diselutupi lumpur kejahilan yang memberatkan diriku untuk mendekati mereka, namun sampai bila ingin diriku diselutupi lumpur yang hanya membuatku rugi, langkah perlu dicari, jalan sudah diberi, pendayung sudah ditangan, perahu sudah di air, hanya usaha diriku yang mampu untuk ku menggerakkan perahu itu untuk terus mencari haluan kebenaran agar nanti ada sesuatu yang bernilai bisa aku persembahkan kepada-Nya kelak pada hari di mana tiada naungan melainkan hanya rahmat-Nya.

Wednesday, June 30, 2010

::Sunnah Dalam Berjuang::





Berjuang menempah susah
Menanggung derita Menongkah fitnah
Itulah gelombang hidupSamudera duka
Seorang mujahid membela tauhid

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu Dia uzlah menagih mehnah
Namun jiwa tetap mara menuju cita
Membara demi Allah dan RasulNya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Sudah sunnah berjuang
Ke jalan Allah

Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Penat resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerana kebenaran
Antara dua jadi pilihanDunia yang fana atau syurga...

Monday, June 28, 2010

::Saudaraku::




Saudaraku,

Laluilah dengan tenang di tengah-tengah keriuhan dan kesibukan pentas dunia ini dan ingatlah bahawa segala ketenteraman lahir dari JIWA yang suci.

Seberapa yang terdaya semaikan benih kemesraan pada setiap insan serta kekalkan semangat muhibah dan berbudilah bahasa setiap masa.

Lahirkan dengan perlahan dan tegas perkara-perkara yang hak.

Dengarlah kata-kata keluhan setiap daripada mereka walaupun membosankan atau jahil.

Mereka juga mempunyai kisah hidup pahit manisnya.

Jauhilah mereka yang kasar dan sombong kerana mereka ini adalah pengacau jiwa halusmu.

Jika engkau selalu bandingkan dirimu dengan yang lebih tinggi, mungkin engkau akan rasa kecil dan kecewa. Tetapi ingat, di setiap lubuk dan pelusuk dunia ini ada yang kurang nasib baiknya daripadamu.

Berbanggalah dengan segala titik peluh usaha dan rancangan masa depanmu.

Berhati-hatilah dalam mengatur pekerjaan dan urusanmu kerana dunia ini penuh dengan segala tipu helah.

Janganlah pula engkau selalu mempunyai sangkaan buruk pada setiap sesuatu.

Ramai di antara mereka yang berjuang untuk hidup perlukan keberanian dan pengorbanan.

Teruskan hidupmu yang sederhana dan dengan yang terdaya.

Usah hidup berpura-pura.

Ambil pengajaran dari masa silammu.

Tanamkan JIWA keimanan dan isikan ia dengan titisan cahaya ilmu yang suci.

Hargailah dirimu.

Kamu ditakdirkan berada di sini, maka sujudlah kepadaNya dengan HATI yang tenang dan JIWA yang khusyuk.

Berhati-hatilah merintis jalan hidup ini….

bertaffakurlah….

dan berkomunikasilah dengan Allah sepanjang masa.

Saturday, May 15, 2010

::Lelaki Yang Dayus...


DAYUS, dalam erti kata lain iaitu 'celaka' dari sudut pandangan Islam, dayus boleh ditakrifkan mengikut sabdaan Nabi...

Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : ” Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaitu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak” lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : “IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) – ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)

jika dilihat daripada hadith berkenaan, dapat disimpulkan bahawa lelaki yang dayus dituju kepada suami atau bapa atau abang kandung yang tiada perasaan risau dan tiada sedikit pun marah terhadap perlakuan anak dan isteri mahupun adik-beradik perempuannya yang jelas-jelas bertentangan dengan Islam. Tidak langsung mengendahkan dengan siapa anak perempuannya, isterinya mahupun adik-beradik perempuannya bersama bahkan ada sebahagiannya yang membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya itu dipegang, dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

apa pandangan ulama pula??

dari An-Nuhas yg disebut dalam kitab Tuhfatul Ahwazi:

cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram ” (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)

disebut juga dalam kitab Faidhul Qadir:

Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya” ( Faidhul Qadir, 3/327 )

menurut Imam Ibn Qayyim pula:

Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.

kesimpulannya:

Secara Mudahnya Lelaki Akan Menjadi Dayus Jika:

1)Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2)Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3)Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4)Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5)Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ’spoting’ yang memahami.

6)Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7)Membiarkan anak perempuannya memasuki Akademi Fantasia, Mentor, Gang Starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8)Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9)Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10)Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11)Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12)Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13)Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14)Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

::Adakah Kita Sudah Cukup Kuat mengharungi ujian dunia???


Bius itu suatu kelumpuhan. Resapannya merebak ke seluruh tubuh badan. Manusia yang dibius cinta tidak lut dengan cakap-cakap biasa manusia di sekitarnya. Malah debat-debat antara kita dan dia mungkin menambahkan lagi jauhnya diri dia dari kebenaran.

Apa yang perlu adalah sebuah keteguhan.

Bagi mereka yang bersungguh memegang iman, ketahuilah bahawa mujahadahmu mencegah diri dari biusan cinta, harganya boleh sampai ke nilai sebuah PENJARA. Itulah pilihan Yusuf. Tidak tunduk kepada cinta, tidak tunduk kepada paksa, tidak tunduk kepada suasana. Yusuf meminta kepada Allah, andai penjara itu bisa menyelamatkan diri baginda dari dosa dan maksiat biusan cinta, PENJARA itulah mohon dikurniakan sebagai jalan keluarnya.


“Yusuf berkata: “Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan tergolonglah aku dari kalangan kaum yang jahil” [Yusuf 12: 33]

Ya… dalam mujahadah kita menjauhkan diri dari cinta dosa yang penuh dusta itu, apakah kita sudah menguatkan hati sekukuh pendirian Yusuf?

::Pendatang baru blogger...





Hari ini bertarikh 15 MAY 2010M bersamaan 01 JAMADILAKHIR 1431H, pada jam 10.00 p.m maka terbitlah cebisan blog yang diberi nama MAKHLUK JALANAN SEPI, nama ini menjurus kepada kisah kehidupanku (arin) sebagai seorang hamba yang sering terasa kesepian walaupun aku hidup di dalam zaman yang penuh kesibukan. Adapun aku hidup dalam zaman yang penuh dengan bermacam-macam kemudahan untuk aku merasa terhibur, namun ternyata segala macam bentuk hiburan hari ini belum lagi mampu memecah sunyi sepi hidupku walaupun dentam-dentum hiburan dalam zamanku mampu menghayalkan anak-anak muda seusiaku.




Semakin hari aku hidup, semakin aku terasa sepi, jiwaku terasa kosong, sepertinya ada ruang didalam benak hatiku ini yang terlalu luas untukku isi...tetapi kesekian hari aku lalui cuba aku untuk mengisi kekosongan itu, namun semakin aku cuba mengisi, semakin terasa besar luasnya. Apakah aku masih belum mampu untuk memenuhinya???




begitu banyak halangan dan rintangan yang datang bertimpa-timpa tiap kalinya aku cuba untuk memenuhi setiap tuntutan nurani ku..Nurani ku meronta, namun apakah dayaku, aku hanya sebatang kayu reput yang belum cukup kuat untuk di buat pendayung untuk aku mendayung bahtera besar membawa muatan Iman dan bersamaku ada tanggungjawab besar yang harus kupikul ketika aku mendayungnya....terlampau beratkah???atau aku yang terlalu lemah??? Ya Allahu Ya Rabbi, kekuatan diriku hanya dalam genggaman rahmat-Mu, bantulah aku, lemahnya aku tanpa rahmat-Mu, lembutkanlah hati setiap musuhku, tetapkan kecekalan hatiku dikala aku berazam untuk melangkah ke jalan-Mu...(T_T)
There was an error in this gadget

.::My Family::.

.::My Family::.

.::Teman Seperjuangan::.

.::Teman Seperjuangan::.
" aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwaku, sahabat yang baik adalah seiring denganku dan menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas mati, ku hulurkan tangan kepada sahabatku, untuk berkenalan kerana aku akan merasa senang, semakin ramai sahabat, semakin aku percaya diri, aku selalu berharap mendapat sahabat sejati, yang tidak luntur baiknya, dalam suka dan duka, jika aku dapat, aku ingin setia padanya" - imam syafie-